Aeroswift Consultancy Sdn Bhd ( ACSB ) ialah sebuah Syarikat yang diiktiraf sebagai Perunding Bumiputra dengan modal berbayar sejumlah RM 100,000.00. Sekarang syarikat mempunyai pekerja seramai 15 orang di mana kumpulan Pengurusan seramai 7 orang dan Teknikal seramai 8 orang.
Fokus Perniagaan pada peringkat awal penubuhan syarikat adalah tertumpu kepada Pemasaran dan Teknologi bangunan bagi Rumah Burung Walit.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-
Membekal perkakasan bagi pembinaan bangunan rumah burung walit
|
| Menyelenggara dan membaiki kelengkapan rumah burung |
| Perunding bagi pembinaan rumah burung walit. |
| Pemasaran dan Pemprosesan sarang burung walit.
|
| Latihan / Kursus. |
ACSB juga merupakan sebuah syarikat yang dilantik oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bagi menjalankan projek-projek pembinaan rumah burung walit di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
Pengurusan ACSB di sokong oleh tenaga kerja yang mahir dan terlatih yang mempunyai kelulusan dalam bidang pentadbiran, pembinaan dan pemasaran.
ACSB juga telah dilantik sebagai Pengurus projek kepada Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (PUSHPIAM) bagi menjalankan projek-projek rumah burung untuk ahli-ahli persatuan tersebut. |